Assalamualaikum And Annyonghaseyo
Waktu malam di Malaysia , sungguh tenteram dan nyaman . Hanya bunyi cengkerik-cengkerik yang bersenandung . Dan kita boleh tidur dengan lena . Selena-lenanya . Dan terfikirkah kita tentang saudara Islam kita di Palestin . Adakah mereka tidur dengan lena ? Adakah waktu malam mereka juga tenang seperti malam kita di Malaysia ?? Sesungguhnya , mereka tidak tidur kerana mereka berlari ke sana sini , bom , peluru sentiasa memburu mereka . Sungguh sadis kan ? Kita di sini , hidup dengan aman . Syukur alhamdulillah . Tak perlu kita menangis , hidup dalam ketakutan . Tak seperti saudara kita di sana :'( Kita boleh bergembira , bergelak ketawa tapi mereka ?? Menangis , meraung , itulah yang mereka lakukan . Dan , ramai yang mati syahid kerana mempertahan kan agama dan negara . Insyaallah , Syurga Firdausi menanti mereka . Amin .
Siyess aku cakap , menitis air mata bila melihat gambar-gambar yang diupload ke dalam Facebook . Gambar kanak-kanak yang cedera parah , para pejuang yang telah syahid . Sungguh menyayat hati . Apa yang mampu kita lakukan ialah berdoa kepada Allah S.W.T . Mudah-mudahan , saudara kita di Palestin diberi kekuatan dan kesabaran supaya mereka mempunyai kekuatan untuk menghadapi semua ini .
"Ya Allah, sesungguhnya kami
bermohon pertolongan Mu,
kami meminta ampun kepada
Mu, kami memohon petunjuk
dari Mu, kami beriman
kepada Mu, kami berserah
kepada Mu dan kami memuji
Mu dengan segala kebaikan,
kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami
melepaskan diri daripada
sesiapa yang durhaka kepada
Mu.
kami meminta ampun kepada
Mu, kami memohon petunjuk
dari Mu, kami beriman
kepada Mu, kami berserah
kepada Mu dan kami memuji
Mu dengan segala kebaikan,
kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami
melepaskan diri daripada
sesiapa yang durhaka kepada
Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami
sembah dan kepada Engkau
kami bersalat dan sujud, dan
kepada Engkau jualah kami
datang bergegas, kami
mengharap rahmat Mu dan
kami takut akan azab Mu
kerana azab Mu yang sebenar
akan menyusul mereka yang
kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam
dan masyarakat Islam.
Hentikanlah segala macam
kezaliman dan permusuhan,
Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka
berada. Angkatlah dari
mereka kesusahan, bala,
peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami
dari segala keburukan dan
janganlah Engkau jadikan
kami tempat turunnya
bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak
sesiapa yang dapat
menghindarkannya melainkan
Engkau, ya Allah.”
Ya Allah,Kau berilah kekuatan dan kesabaran kepada saudara kami di Gaza..Kau l
ontarkanlah
didalam dada saudara kami keberanian Saidina Umar Al-Khatab,kehebatan
Khalid Al-Walid dan kemenangan Salahuddin Al-Ayubi...Kau lontarkan
ketakutan didada musuh kami sehingga mereka berlari katakutan...
Insyaallah , Tuhan akan makbulkan doa kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Readers
Tinggalkan komen anda yea .
Tapi ada beberapa RULES yang perlu dipatuhi sebelum komen
THE RULES :-
~No Harsh Word !
~Jangan letak link yang tak senonoh *amaran keras!
~Tinggalkan link blog korang
Oke , now you can comment :)