Hello Dudes :) Welcome To My Blog . This Is My Blog . So , Please Follow The Rules Here . 1. Copycats Are Not Allowed Here . 2.No Harsh Words . 3. Behave Yourself. 4. Do Not Copy Any Sections In This Blog . Please Follow Me And Leave Your Footprints At My Shoutbox. REMEMBER ! Put You Blog's URL ! Not Email . And , I Will Follow You Back Then . That's All . TQ :)

Selasa, 30 Oktober 2012

Menolong Amalan Yang Mulia ;)

Assalamualaikum And Annyonghaseyo 

Cer korang tengok tajuk entri ney . Skema kan ? hahha . Ta tawu nak buat tajuk apa . So , aku bantai jea tajuk skema neyh . Tapi aku rase macam ta betol jea aku punya tajuk . Ah ! Pape jea larh . 

Okay , semua orang tahu apew itu MENOLONG kan ? Haiyooo .. Takkan ta tawu kot . Pelik bebenor tuh --'
Dalam kehidupan kita, kita mesti pernah menolong orang , tak kira larh dalam bentuk apew-apew pown . Contohnya , menolong seseorang membawa barang-barang ,  memberikan bantuan kepada yang memerlukannya dan macam macam lagi larh . Entri ney pown adew kaitan dengan kisah aku .

Pagi tadi , aku and the geng kena tolong cikgu kitorang .Pada waktu pagi , ustazah bagi kertas Bahasa Arab . Then , ustazah suruh turun bawah . Sebab bosan duduk dalam kelas . So , kitorang turun lar . Aku dengan geng-geng aku lepak dekat pondok depan bilik guru . Kitorang bercampur dengan geng-geng Atiqah . Dan , di situlah bermulanya kisah kitorang . Hoho :P


Ada sorang cikgu mintak tolong kitorang tandakan kertas-kertas periksa . Kitorang dengan bangganya menolong cikgu tersebut . Lepas da siap , Atiqah pown bawa kertas-kertas tu masuk dalam bilik guru . Lepas tu dye bawak kuar pulak kertas yang lain . So , dengan semangatnya kitorang melaksanakan tugas menanda kertas , mengira markah , mengisi markah dan macam-macam lagi larh . Bersilih ganti kerja yang kitorang dapat . Memang sibuk arh . Dari pagi sampai waktu balik kitorang kena tolong cikgu . Sampai lenguh tangan aku . Hahaha . Esok pown kene tolong cikgu lagi . Wawawawaw . Cikgu pulak duk relax . Hahha . Sokay lar , kalau menolong orang ney dapat banyak pahala kan  ^^v



Aku dah dapat kertas peperiksaan . Aku punya Sejarah dapat markah paling tinggi dalam kelas . Tak sia-sia usaha aku selama neyh . Hikhik . Aku and Atiqah dapat markah paling dalam kelas . Geng-geng aku pown dapat pencapaian yang memuaskan . Alhamdulillah .Lega rasanya . Walau pun ada yang failed . Tapi satu subjek jeaa . Iaitu Bahasa Arab . Yang ney memang aku dah agak yang aku dah failed . Nak buat cm mane kan ? Reda jeaa larh . Meskipun hatiku masih sedih dan timbul sedikit penyesalan .  



Esok hari pemulangan buku teks . Nasib baik buku teks aku tade yang hilang . Semuanya cukup . Kalau tak , terpaksa lar keluarkan duit , nak ganti buku teks yang hilang tu . Penat lar . Dah lar buku tebal belaka . 



Thanks sudi baca . Follow oke . Leave your footprints

Jumaat, 19 Oktober 2012

Exam Akhir Tahun

Assalamualaikum And Annyonghaseyo  ♥

 Hari ni , masuk hari ke 4 aku exam . Exam akhir tahun . Penentuan di kelas mana yang bakal ku duduki kelak . Dan , peperiksaan kali ni amat susah . Huh ! Terutamanya Bahasa Arab tadi . Perghhh ! Jem otak aku . Bapak payah . Banyak yang aku tertinggal . I mean , sengaja tinggal . Masa 2 jam setengah . Lama kan ? Tapi bagi aku , masa tu tak lama . Sekejap sangat . Tak sempat nak buat . Aceceyy . Bukannya tak sempat , padahal duk tengok ke orang jeaa . Tade mood nak jawab tadi . Bukak-bukak jea paper , terbeliak biji-biji mataku ini . Hoho .

Hari Selasa aku start exam . Exam seni . Bencinye aku . Aku tak pandai melukis . Sebab tu lar aku bencikan seni . Hari Rabu , paper Bahasa Melayu and Sejarah . My favourite ! Senang jea bila jawab paper sejarah dan bahasa melayu . Subjek favourite lar kata kan . Harhar . Tapi BM paper 2 agak susah sikit . Sebab aku tak baca novel . So , aku tak boleh jawab lah . Sokayy . Satu jea pown . Sebabnya aku duk fokus subjek sejarah . So , aku tak bukalah buku BM .

Yesterday , paper Bahasa Inggeris dan Agama Islam . Alhamdulliah . Yang ni dengan senang hatinya aku menjawab . Tanpa rasa ragu-ragu . Hope succesful lar kali ni . Sebabnya , aku tak nak turun kelas . I repeat . TAK NAK TURUN KELAS !

For next week 

Monday :
  • Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
  • Science paper 1
  • Science paper 2

Tuesday (last day) :
  • Mathematics paper 1
  • Mathematics paper 2
  • Geografi
  • ICT(L)

Hari yang terakhir lah yang amat menakutkan aku . Why ?? Sebabnya ada MATHEMATICS . Fulamak ! Takut .Subjek yang menggerunkan . Hoho . Hope boleh jawab lar . Takut biler bukak paper , terus 'pengsan' ! Hahah . 



Kitorang kene jawab exam dalam dewan . Campur sekali dengan kelas AD dan AF . So , bising lar jadinyer . Tapi , macam-macam gelagat yang aku nampak . Siyes , memang melucukan . Tapi bile nak study dalam dewan . Memang tak masuk dalam kepala . Bising sangat . Cuma tadi jea time paper bahasa arab , kitorang jawab at kelas PAV . Dalam kesejukan aku menjawab . Bukan disebabkan aircond . Tapi disebabkan oleh cuaca yang sejuk *bukan sali turun* dan kitorang pasang kipas sampai nombor lima . Terketar-ketar aku . Dah lah aku kene duduk belakang . Pada mulanya aku duduk depan , sebelah Azifa . Then cikgu suruh tukar tempat duduk dengan Nabil . Haishhh ! Kacau daun sungguh . Baru ingat nak copy & paste *joke je* :P
Tepat-tepat pulak kedudukan aku kat bawah kipas . Huhu .

Salah satu faktor yang aku tak leyh concentrate kat paper BA ialah bila Naqib and Fahmi duk buat lawak . Masa aku terbuang begitu sahaja bila ketawa . Hahah . 

Errrr , aku rasa dah banyak aku melalut neyh . Kayy , stop sampai sini dulu ek ? Kbye ! ;)


Thanks sudi baca . Follow oke . Leave your footprints

Sabtu, 13 Oktober 2012

Tips Untuk Menjadi Tinggi

Assalamualaikum And Annyonghaseyo :)


Entahla apa mimpi aku hari nak bagi tips . Hikhik . B4 that , aku creditkan tips ni kepada Akak Marliyana Mk . Actually , tadi aku duk memikir , macam mana nak menambah ketinggian aku ni . Bukan apa , aku pun nak jadi tinggi jugak macam orang lain . Agak-agaknya , dengan ketinggian aku 149 cm ni*oke larh tu , boleh menambah ketinggian lagi kew ? Hope boleh la kan ? Dan salah satu faktor untuk aku menjadi lebih tinggi ialah , orang disekeliling aku pun tinggi . For example , Azifa . Dye tinggi kay . Bila berjalan dengan dye , nampak bebenor aku ni pendek =.='  Capital F pun tinggi jugak . Dan budak-budak kelas 4VD pun selalu ejek aku . Sampai hati mereka T_T . Tapi aku rase , aku ni tak lah pendek sangat . Okay lar kalau perempuan yang pendek kan ?  Senang nak cari lelaki yang tinggi . Huhu .

Okay-2 ,  dah-dah melalut . So , ini tips-2 nya . Hope lepas aku ikut tips-2 ni , aku boleh menambahkan ketinggian aku :P

Tips Cepat Meninggikan Badan
  • Perbanyakkan olahraga di waktu pagi .Jogging , bersenam , volley , basket ball dan renang .
  • Tidur cukup 8 jam sehari secara teratur dan bangun pagi
  • Cukup nutrisi , vitamin . Banyakkan minum susu yang berkalsium tinggi dan zat besi
  • Makan secara teratur dan hindari stress
  • Doa

  Stretching : Gerakan merengangkan badan . Sehingga tulang-tulang punggung tertarik memanjang . Jika gerakan ini dilakukan secara rutin dan intensif , maka dapat membantu merangsang penambahan tulang-tulang punggung .

Hanging : Haaa , yang ni aku selalu buat . Hanging bermaksud bergantung dengan kedua tangan . Gerakan ini sangat merangsang pemanjangan tulang-tulang punggung .

Kicking : Yang ni , aku tak pernah cuba pun . Sebab aku tak tahu . Menendang-nendangkan kaki . Gerakan ini dapat merangsang pertumbuhan tulang kaki sehingga memanjang secara optimal .

Biking : Berbasikal dapat merangsang pertambahan kaki . Menapak pedal secara rata , tidak jinjit . Punggung tegap , tidak membongkok . Jika setiap hari berbasikal dalam jarak yang cukup jauh , ia dapat membantu merangsang pertambahan panjang kaki . *petang ney , nak pinjam basikal adek , then berbasikal satu BG hoho


Swimming : Pada waktu berenang , seluruh badan mengalami peregangan dari badan sampai hujung kaki . Di samping itu , gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh .

Olahraga , basket atau volley (bola tampar) sangat baik merangsang pertumbuhan badan kerana tubuh sering melakukan loncatan-loncatan ke atas . Loncatan melawan graviti menimbulkan peregangan pada seluruh tubuh .

Ahhaaaaaaaaaa . Itu lah di antara tips-2 untuk menambahkan ketinggian . Hope menjadi lah . Hekhek .
Kadang-kadang , jeles jea tengok artis-artis Korea yang cun melecun , handsome-handsome . Dyeorang tinggikan ?





                          Buah hati sayaaaa (Lee Min Ho). Ketinggian dye , 187 cm . Wow ! Tingginyer ....



  Lee Sung Yeol (INFINITE)ketinggiannya
180 cm


Seee ? Betapa tingginya jejaka-jejaka KOREA ni . Huhu . So , kita tengok pulak gadis-gadis KOREA yang cun-melecun neyhhhh .






                                                          Girl Generation a.k.a SNSD
                                                    Ketinggian ?? Korang cari sendiri larh :P
                                                      Yang pasti , mereka pun tinggi



              Yang ni , T-ara . Comel-2 lorhhh . Untung lah kan ? Dyeorang ney tinggi . Huhu T_T

So , kepada readers-2 di luar sana*bajet adew orang bace blog aku neyh , tolong doakan aku ek . Hope aku boleh tinggi . LOL :P


Thanks sudi baca . Follow oke . Leave your footprints

Rabu, 10 Oktober 2012

Kenangan Yang Sukar Dilupakan :')

Hey Everyone :D Sory lar if aku ni menyibok kat dashbord korang . Korang marah kew ? Alahaiii . Jangan marah-marah kayy ? Nanti cepat tua lolz . Hahaha :p

Hari ni kat sekolah , banyak sangat perkara yang terjadi . Perkara yang happy ar . Siyesly , kitorang happy sangat hari ini  . Budak-budak kelas aku memang sporting . Hari ni , memang ramai cikgu yang takde . Maybe pergi jaga peperiksaan kot . So , ramai la cikgu yang relief . Dan bilik APD juga menjadi riuh rendah . Then , pada waktu BM , cikgu kaunseling yang relief . So , kitorang kene kaunseling ar hari ini . Topik pulak pasal BUDAYA COUPLE . And , ada satu kata-kata cikgu ,  yang memang tepat kena kat batang hidung aku sendiri . Siyes aku cakap ! Cikgu macam perli aku jea . Budak-budak kelas aku pulak pandang semacam jea kat aku then dyeorang ketawa . Haisshhh ! Kurang asam betol !




Waktu rehat pulak , kitorang sambut befday Ustazah Sharifah yang ke-39 . Kitorang collect wet seringgit sorang . Geng-geng Hanis yang pergi beli kek berperisa coklat . Best gilerrr ! Masa ustazah potong kek , budak-budak lelaki duk buat lawak . Aku ketawa sampai sakit perut ! hahaha . Actually , nak sambut befday Ustazah dekat kantin . Tapi ramai sangat orang . So , kitorang sambut kat pondok berdekatan dengan bilik APD . Aku kongsi plate dengan Azifa . Kitorang amek sepotong kek then terus lari . Hoho . Takut dyeorang mintak balek . Kitorang amek memang besar lar jugak . Jauh kitorang lari *jahatkan ?*

Dan , yang paling kelakarnya , kitorang kena peluk pokok masa ICT(L) . Bukan setakat peluk jea , kitorang kena kiss and ucap  'I Love You' kat pokok tu . hahaha . Memang lawak . Puncanya , kitorang salah wat spelling . Sebab tu kena peluk pokok . Dah lar budak-budak Form 1 adew kat situ . Malu ! Hahaha . Tapi aku buat selamber jea =.=' hikhik . Hampir satu kelas kena . Tapi , memang enjoyable lar waktu tu . Yang tak kena tu , dyeorang dapat hadiah . Tapi hadiah tu bukan lumayan pown . Hahahah :P

So , itulah kenangan yang best 4 today . Hope kitorang boleh bersuka ria lagi . Even exam akhir tahun dah hampir , kitorang tetap tersenyum :) Sebabnya senyuman boleh menghilang kan stress . Betul kan ?


Thanks sudi baca . Follow oke . Leave your footprints

Ahad, 7 Oktober 2012

Gud Luck For PMR Candidates :)

  
Tujuan aku membuat entri ni untuk wish GOOD LUCK to PMR Candidates . PMR dah hampir dan sememangnya terlalu hampir . Huhu . Wish u all the best especially PMR Candidates at SMKBG ! Dan juga for my cousin , Afiq and my mak su :) Korang buat leklok taw ? Be serious !
 
 
 
Dan selepas habisnya PMR untuk tahun 2012 , akan muncul lah PMR terakhir pada tahun 2013 . Dan calon-calonnya adalah ..........................

hikhikhik . Mestilah budak-budak Form 2 tahun 2012 yang akan menjadi PMR Candidates pada tahun 2013 . Kayyyy , PMR yang terakhir . Takot gilaaaa . Sebabnya , konfem soalan-soalannya agak mencabar . Bukan agak tapi memang MENCABAR ! Perghhh ! Siyes , memang tak sangka ,aku akan menjadi PMR Candidates tahun depan . Cepat sangat masa berlalu . Aku rasa , baru semalam mak aku hantar aku ke tadika . Aku rasa baru semalam aku dapat result UPSR . Dan , pejam celik pejam celik , sedar-sedar nanti aku dah kahwin ^^ hoho . 
 
 
 

Okay , return to our story . Aku akan mengambil peperiksaan tahun depan . Tapi satu persiapan pun tak buat lagi . Tapi aku ada buat perancangan dengan geng-2 aku . Kitorang nak buat study group . Tapi tak tahu bila . Tapi aku akan tumpukan sepenuh perhatian dengan subjek Mathematics and Science . Sebab subjek-subjek tu lah yang paling susah bagi aku . Yang lain semuanya okay jeaaa . Nasib baik larh kan ? Tapi yang pasti , aku kena buat persiapan 4 next year :)

Dan tahun ni jugak lah ,  cikgu-cikgu banyak komplain . Dyeorang cakap Form 2 tahun 2012 adalah yang paling teruk sekali . Sebabnya , kitorang selalu main-2 , tak siap kerja sekolah . Macam-macam dah cikgu cakap pasal kitorang tapi kitorang diam jeaa . Tapi , cikgu-cikgu jangan terkejut taw , kalau PMR tahun depan dapat memecahkan rekod sekolah . Sebabnya , time kitorang darjah 6 dahulu , memang cikgu-cikgu sekolah rendah selalu memandang rendah terhadap kitorang . Selalu cakap yang "budak-budak tahun ni tak boleh nak capai target yang cemerlang dalam UPSR dan tak boleh nak pecah rekod sekolah ." But now ! See what happen ! Tahun kitorang dulu lah yang dapat memecahkan rekod sekolah .Yang dapat result paling cemerlang di antara tahun-tahun yang lain . So , kitorang diam jea walau apa-apa pun yang cikgu cakap sekarang . Sebab kitorang akan cuba buat yang terbaik 4 PMR next year . Insyaallah . 


 


Thanks sudi baca . Follow oke . Leave your footprints

Sabtu, 6 Oktober 2012

*No Title* :)

 
Untuk makluman semua , aku baru balik dari dewan orang ramai . Kat mane ? Of course la kat Bukit Goh . Balik dengan keadaan penat , perasaan bercampur baur . Yeaaa , percayalah kepada auta yang ku cipta ini . Hekhekhek . Act , pukul 2 tadi aku balik . Siyes ! Tak best langsung aktiviti tadi . Tade pape yang menarik . Menyesal pulak rasa pergi . Tadi ada aktiviti dengan Kastam . Tapi memang tak berbaloi aku pegy . Tak dapat ape-ape pown . Juz dapat beg jea . Huhu . Duk dengar orang berceramah
. Duk tengok orang amek hadiah . Duk tengok orang lalu lalang . Lepas tu tengok adew program penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat . *untuk pihak Kastam*. Best kew cam tuh ? Best kew ? Mesti larh tak kan ? Takde pown program-program yang best-best untuk kitorang . Huh ! Redho jeaa larh kan ? Tadi pown campur dengan budak-budak SMA Al-Maarif . Huh ! Tak suke lorhhh . Hoho . Budak-budak Al-Maarif memang adew yang baek . Adew beberapa orang tu memang hormat kat orang . Sejuk hati tengok . Walaupun dyeorang baru Form 1 . Tapi sesetengah tu adew yang agak kurang sopan sikit ar . Bukan nak mengutuk tapi itulah hakikatnya . Soee kepada sesiapa yang terasa :) Tade niat nak mengutuk .
 
 gambar yang tak sabikk langsong :P
Huhu . Kebosanan telah melanda . Siyes ! Boring siottt ! Tak tawu nak buat apew . Tadi chat dengan Husna . Then dye suruh buat status , sebab nak komen . So kitorang pun komen lah apew . Memang mengarut , Coz terlampau boring , macam-macam hal yang kitorang boleh buat . Kejaaa sekolah tak siap lagi . tapi aku duk sibuk menghadap blog , facebook . Huhuhu . Tade mood nak buat . Kain belum siap . Nak jahit butamg jea . And , butang pun ta beli lagi . Niat ada nak pergi beli , tapi asyik tertangguh jea . Kalau macam neyh , sampai bila pown takkan siap . 
Hmmm . Rasa terliur lar pulak bila teringat ice cool blog . Yummy ! Korang pernah beli tak ? Pernah kan ? Heeeee :D Sedap sangat minuman tuh . Sampai menjilat jari . Hahaha --' *tetiba pulak*

Macam-macam jenis adew . Sedapnyerrrr :)
Kan best if adew orang yang sudi beli minuman ni untuk aku . Terliur sangat-sangat neyh ! Haha . 
 
 
 
Akhir bulan neyh , adik aku pergi Cameron Highlands . Ikut rombongan sekolah dye . Untunglah kan ? Hihihi . Aku tak pernah sampai pun kat Cameron Highlands . Tapi Genting aku sampai dah . Syiiokkkk gila kod . Hewhew . Tetiba teringat pulak kenangan  kat Genting Highlands :")
Okay larh , aku ada kejaa sket . Muahhh pipi kanan and kiri :* Hehex . KBYE ! :)


Thanks sudi baca . Follow oke . Leave your footprints

Rabu, 3 Oktober 2012

Kepenatan Di Petang Hari --' Hoho

  

Alhamdulillah , sekarang ney buku-buku di bawah meja da settle . Tak perlu lar aku nak berangkut lagi . Siyes aku cakap , memang penat gila arh nak angkut buku-buku yang banyak tu . Rase malas nak angkut bawak balik . Tapi terpaksa lol ! . Kena angkut jugak . Sebabnya esok Blok F kena dikosongkan sebab budak-budak Form 3 a.k.a PMR candidates akan menjawab peperiksaan dekat blok F . Huh ! Penat kayy penat ! Dua hari berturut-turut kena angkut buku . Pagi semalam bawa balik sikit . Then petang tu mari pulak . Nak bawak balik sekaligus tak larat . Kalau ada orang tolong takper jugak kan ? Huhu . And kitorang terpaksa jawab exam akhir tahun dalam bilik APD . Then lepas habis exam , memang kitorang MERDEKA ar . But only for awhile . Coz next year we will face the PMR examination . Takut ! Huhu . 
 
 
 
 

Sekarang ni , aku rasa rajin pulak nak belajar .  Tak taw lar kenapa . Tapi , memang eksited ar nak belajar . Tak macam awal tahun , rasa malas nak belajar . I don't know why . Haha . Time nak habis sekolah baru nak eksaited . Pelik betol ! And time kat sekolah , adek-adek angkat azifa ajak kitorang berdua join dyeorang , hangout dekat bandar Kuantan . Malas rasa nak kuar pergi bandar . Maklumlah , mood nak study ada . Hewhew :P *koya*  Hmmm , nak pergi ke tak nak ek ? Entah lar . Huhu

Tadi pun , aku dah tahu , siapa yang menang untuk presentation ICT . Tapi aku tak dapat pun . Huk-3 *agak cdeyh* Hadiah untuk presentation tu hamper woooo ! Untunglah kan Azifa , Azwa , Wan and Syazwana dapat . Aku bukan satu geng dengan dyeorang . Geng aku , Husna , Nadia and Fathini . Tapi takper , aku dapat jugak rasa hamper tu . Petang tadi , aku lepak-lepak dengan dyeorang . Time  tu ,dyeorang nak bukak hamper . Apa lagi , tumpang sekaki arh . Hahaha . Tuah badan . :p Dapat jugak aku makan .

Arghh ! Ngantuknyer ~ Baju sekolah tak bergosok lagi . Malas ar nak gosok . Kan best if ada robot yang tolong gosokkan baju untuk kita . Hahaha :p *angan-angan yang mengarut*


Thanks sudi baca . Follow oke . Leave your footprints

Isnin, 1 Oktober 2012

Thanks ~ ;DD

 





Present from someone ;)

Ahaaa . Nampak tak gambar kat atas tu ? Nampak kan ? Heeee :D Itulah barang yang Capital F nak bagi dekat aku . Pagi tadi baru aku dapat . Semalam tak pergi jumpa dye pown . Takde motor lorhhh . Dush ! . So , dye cume past dekat adik angkat dye , Azifa . So , Azifa bagi kat aku pagi tadi . Siap bagi dalam tandas lagi . Takut orang lain nampak . Hewhew . Maybe gambar kat atas tu tak berapa jelas . Ye lar , aku snap pakai handset murah jeaaa . Tak macam korang . Handset canggih-canggih belaka . Huhu


Dye bagi jam tangan jenama Guess . Smart lol ! Haha . Pandai dye pilih . Hikhik . Dear Capital F , thanks ya coz give me such a wonderful present . I appreciate it :')

Btw , tadi aku ada terima satu berita buruk . Guess what ? Ustazah Roziana accident ! Terkejut maut aku bila dapat berita tu . Pagi tadi , aku dengan Husna pergi kantin . Nak cari cikgu . Ada problem sikit . Then , aku dengar ada beberapa orang cikgu cakap pasal accident tu . Patut lah Ustazah tak masuk kelas aku pagi tadi . Kesian Ustazah . Hope dye selamat and tak cedera teruk lah . Huhu . Aku dengar dye accident kat kawasan BG gax , tapi tak taw kat mana . Semalam dye accident .
 
And , starting next week , kitorang akan menghadapi exam akhir tahun . Berdebar-debar neyh sebab cikgu cakap , if dapat result teruk masa exam akhir tahun , kemungkinan besar kitorang akan diturunkan kelas . Huaaaaaaaaaa . Tak mao turun kelas . Nak kekal kelas Al-Banna jugak . Tak nak berpisah dengan rakan-rakan sekelas . Kitorang dah serasi dengan kelas Al-Banna since form 1 . Kelas pertama ouhh . *bangga kejap* 

Tadi pun cikgu Math aku ada cakap . PMR tahun depan susah ! Amek kau ! Huh . Macam mana lah nak jawab . Maklumlah exam PMR yang terakhir tahun depan . Nervous gilaaa . So , aku kena bekerja keras starting today . Tak mao main-main dalam kelas dah . Nak tumpukan perhatian kepada pelajaran . Be serious ! Tapi aku tak tahulah nak amek Bahasa Arab atau tak . Aku ingat tak nak amek . Sebab if aku amek , memang sah-sah dah failed ! Haishh ! Inilah akibatnya bila cikgu mengajar kat depan , aku duk potpetpotpet kat belakang . Lepas tu mulalah , satu habuk pun aku tak tahu . Aku cuma tahu yang asas-asas jeaa . So , keputusan aku muktamad ! Tak nak amek Bahasa Arab . Aku rasa , memang satu kelas tak amek Bahasa Arab . Kat sekolah aku , kelas Al-Banna jeaa yang amek Bahasa Arab . 


So , esok aku akan tumpukan perhatian bila cikgu mengajar ! Nak siapkan semua kerja sekolah . Tak nak pergi jalan petang-petang . Nak ulang kaji ! *tindakan tegas * Semua ni for my future jugak kan ?
So , aku Nurul Farhah Bt Rosli berjanji akan menepati janji-janji ku . Takkan main-main dalam kelas , takkan keluar jalan-jalan , nak ulang kaji sepanjang masa and nak siapkan semua kerja sekolah ! 
*hope boleh tunaikan*

Haaaa , aku dah berikrar pada diriku .... So , aku akan cuba sedaya upaya untuk tunaikannya . Hewhew :p


Thanks sudi baca . Follow oke . Leave your footprints

Yuyu Farha Copyright : All Right Reserved 2010-2012.Diary Gadis Remaja ! ♥ (All About Me)